Flotila U-bot 1
Flotila U-bot 1

Flotila U-bot 1

Flotila U-bot 1 (Jerman 1. Unterseebootsflottille) juga dikenali sebagai Flotila Weddigen, merupakan unit operasi pertama U-boot dalam Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi. Ditubuhkan pada 27 September 1935 dibawah pemerintahan Fregattenkapitän Karl Dönitz,[1] ia dinamakan sempena Kapitänleutnant Otto Weddigen. Weddigen, seorang komander U-bot semasa Perang Dunia I, terkorban pada 18 Mac 1915 selepas kapal selamnya U-29 dirempuh oleh kapal tempur British HMS Dreadnought di Laut Utara.[2]Flotila ini pada awalnya terdiri daripada U-9, sejenis kapal selam Kelas IIB yang ditauliahkan pada 21 Ogos 1935. Kemudian, kapal selam U-1 hingga U-12 dimasukkan kedalam flotila, tetapi U-1 hingga U-6 hanya digunakan sebagai kapal selam latihan dan dihantar ke maktab latihan U-bot di Neustadt.[3] Pada asalnya berpangkalan di Kiel dari September 1935-Mei 1941, ia kemudian dipindahkan ke Brest, Perancis pada Jun 1941. Pada September 1944, flotila ini dibubarkan dan kapal-kapal selamnya yang tinggal diagihkan ke flotila yang lain.